CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »
♥ ALLAH without me is stiil ALLAH but me without ALLAH is nothing ♥ Di saat bersendirian baru kita sedar yang kita hanya ada Tuhan ♥ Sesungguhnya, tudung labuh itu tidak pernah menjadikan dirimu insan yang paling solehah.Kerana kau tidak pernah tahu nilaian solehah di mata Tuhan ♥

Friday 22 March 2013

Warkah Untuk Sahabat



Assalamualaikum w.b.t sahabatku, maaf andai kehadiran warkah ini menganggumu. Aku cuma mengharapkan keikhlasanmu untuk memahami kandungan warkah ini yang mewakili diriku. Pertama sekali, aku ingin memohon kemaafan untuk segala silap dan kesalahan yang telah aku lakukan sepanjang kita menjalani ukhuwah.



Sahabatku,
Aku ingin kau tahu aku ini manusia biasa, begitu banyak kekurangan dan kelemahanku yang kadang membuatmu terluka kala aku sedar atau tidak melakukan itu. Kekurangan dan kelemahan yang seringkali tidak aku sedari. Andai ada bicaraku yang mengguris hati kecilmu. Maafkanlah aku, aku tidak berniat untuk menyakitimu. Namun itulah kelemahan ku dalam menjaga hati sahabat-sahabatku. Mungkin sahaja apa yang aku lakukan itu telah mengguris dan menyakitimu tanpa aku sedari. Maafkan aku bila tidak mampu menjadi yang pertama bila engkau memerlukan seseorang disampingmu. Maafkan aku kerana aku tidak mampu menjadi sahabat yang sempurna dan baik untukmu. Kerana inilah aku seadanya insan biasa.



Sahabatku,
Saat hadir ujian dalam tali persahabatan ini, aku harap kamu tidak terburu-buru menjauhiku. Tidak mungkin aku melukakan teman seperjuanganku sendiri meskipun aku akui itu aku banyak melukakan mu,maafkan aku. Kerana tawamu adalah tawaku,dukamu adalah dukaku. Oleh itu, aku mohon jika ujian hadir menerpa dengarlah dahulu penjelasanku. Seandainya satu hari nanti fitnah menghiasi hariku, aku harap kamu yang pertama menidakkan semua itu kerana seorang sahabat pasti mengenali sahabatnya. Aku harap kamu tidak akan membiarkan fitnah itu terus menjalar sampai ke telinga orang lain. Sokonganmu amat aku harapkan kerana itu penguat semangatku untuk menegakkan kebenaran yang tersimpan.



Sahabatku,
Sekiranya masih ada sisa salahku yang sehingga kini tidak kau maafkan. Maafkanlah aku,memang manusia tidak lari dari kesilapan tapi aku mohon jangan anggap aku hanya menjadikan ayat itu sebagai alasan semata. Aku tidak perlu menggunakan ayat itu untuk menutupi kesalahanku, dan aku akui aku banyak melukakanmu. Jika peristiwa yang lalu menjadikan hubungan kita semakin jauh tidak seperti dahulu. Aku masih bersyukur asalkan tali persahabatan itu tetap terjalin dan tidak terputus. Cukuplah namamu aku selitkan disetiap sujud dan doa-doaku. Semoga Allah merahmati dan melindungimu.



Sahabatku,
Disaat kita berjauhan, jarak sebagai pemisah kita, hubungan kita tidak semanis dan serapat dulu. Aku akan tetap ingat dirimu dalam doa dan ingatanku. in shaa Allah. Semoga doa itu penguat tali persaudaraan kita agar tidak melupakan antara satu sama lain. Setelah melalui apa yang telah terjadi, bila sesuatu perkara itu kembali muncul dalam ingatan, semua itu membuat aku tersenyum. Mengapa aku tersenyum kerana aku belajar erti redha itu sendiri. Aku belajar dari kesilapan sendiri dan setiap perkara yang berlaku aku ambil pengajaran. Alhamdulillah, kini aku semakin merasakan kasih sayangNya. Kasih sayang itu yang membuatkan aku untuk terus tersenyum dan redha ketika ujian datang menerpa. Ayat-ayat cintaNya(Al-Quran) aku jadikan temanku setiap masa. Allahu, begitu indah. 



Sahabatku,
Sehingga saat ini, aku tetap tidak melupakan semua yang pernah terjadi. Tapi semua itu aku jadikan kenangan meskipun kadang pahit bila terkenang. Tidak mengapa, aku sudah lama melupakan itu. Semoga Allah tetap menjaga hati ini begitu juga hatimu agar dijauhkan dari sifat dendam dan benci. Aku harap itu tidak akan pernah hadir dalam tali persahabatan ini. Tegurlah diri ini disaat kau mulai melihat ada kesilapan yang aku lakukan tanpa aku sedari kerana aku lemah, dan masih memerlukan sahabt sepertimu untuk terus menegurku.



Sahabatku,
Sampai disini warkahku untukmu, maaf andai warkah ini sedikit sebanyak menganggumu. Terima kasih untuk semuanya, Semoga Allah meredhaimu di setiap langkahmu di muka bumi ini dalam menegakkan agama Allah. Jagalah dirimu,kerana dirimu begitu berharga. Peliharalah auratmu yang menjadi perhiasan mu, jagalah ia kerana itu perintah Allah kepada kita hambaNya yang bergelar wanita. Aku mencintaimu sahabat, semoga dirimu dihindarkan dari perkara-perkara yang tidak baik. Semoga kita bersama-sama menjadi wanita solehah ,in shaa Allah. Semoga tali persahabatan kita tidak terhenti disini sahaja. Assalamualaikum. :)


♥ Semoga Bermanfaat ♥

2 ulasan:

Unknown said...

wahh... sgt mnyetuh setiap bait2x kata tu.. syukran sahabat.. mngena lagi dgn lagu d blog mu ni.. (y)

Unknown said...

masyaAllah🤍✨