CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »
♥ ALLAH without me is stiil ALLAH but me without ALLAH is nothing ♥ Di saat bersendirian baru kita sedar yang kita hanya ada Tuhan ♥ Sesungguhnya, tudung labuh itu tidak pernah menjadikan dirimu insan yang paling solehah.Kerana kau tidak pernah tahu nilaian solehah di mata Tuhan ♥

Thursday 28 March 2013

Syukurilah


Bismillahirrahmannirrahim..
Assalamualaikum w.b.t , Segala puji bagi Allah. Tuhan yang Maha Berkuasa ke atas semua perkara.
Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah...
Masih berpeluang saya menulis entry untuk sahabat-sahabat sekalian.

''Syukur''

Bila sebut tentang syukur.
Syukur adalah sifat yang perlu ada dalam diri setiap manusia, kenapa kita perlu bersyukur? Jawapannya yaa..perlu kerana tanpa sifat syukur ini seseorang itu mungkin akan lupa diri,lupa daratan.. Mereka akan merasakan diri mereka sebenarnya sempurna. Manusia itu mudah lupa, leka dan kadang lalai dengan nikmat yang telah diberikan oleh Allah swt. Begitu banyak dan besar nikmat yang telah diberikan kepada kita, yang mana tidak ternilai nikmat itu

Firman Allah SWT : '' Dan jika kamu menghitung nikmat Allah yang dilimpahkan-Nya kepada kamu, tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.'' (Surah An-Nahl, ayat 18)

Begitu banyak nikmat Allah yang telah diberikan kepada kita. Nafas, udara, kekayaan, kejayaan, kemewahan, baju, kereta. Semua itu milik Allah. Milikilah apa jua yang kamu inginkan didalam hidup ini. Tapi jangan lupa tidak satu pun yang ada di dunia dan alam semesta ini terlepas dari ciptaan Allah. Semua itu adalah milik Allah. Allahu !! Maha Kaya Allah SWT. Begitu fakirnya kita. Lalu apa yang milik kita?? Adakah apa yang kita miliki sekarang ini adalah milik kita?? Tiada satu pun kepunyaan kita melainkan semua yang kita milik sekarang ini adalah pinjaman daripada Allah untuk kita. Bahkan diri kita sendiri pun adalah milik Allah.


''(Yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah mereka berkata “Sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNyalah kami akan kembali'' – Innalillahi Wa inna Ilaihi Rajiun. 
(Al-Baqarah : 156.)

Bila Allah memberikan nikmat ke atas mu, bersyukurlah...jangan kau sombong wahai diri dengan nikmat yang dipinjamkan kepada mu. Bila-bila masa sahaja semua pinjaman ini akan ditarik kembali bila Dia mengkehendaki. Tiada yang perlu dibanggakan, disombongkan hakikatnya semua ini adalah milik Allah SWT. Hidup ini seperti roda, kadang kita berada di atas dan kadang juga kita akan berada di bawah. Itulah kehidupan yang kekadang berubah musim menunjukkan tiada yang kekal di dunia ini. Seorang bayi yang baru lahir ke dunia akan membesar menjadi kanak-kanak,remaja,dewasa,tua. Yang hidup pasti merasakan mati. Dunia juga akan pergi bila samapai waktunya. Dan akan bermulalah akhirat. Tiada yang kekal melainkan Allah SWT. Semua akan musnah.

Terkadang apa yang kita inginkan dalam hidup ini tidak sama seperti apa yang kita dapat, atau kita kecapi hari ini. Kita merungut , kita tidak puas dengan apa yang kita miliki sekarang ini. Sentiasa ingin yang lebih dan lebih baik dari apa yang kita miliki sekarang ini. Manusia yang memang tidak pernah merasa cukup dan puas ketika diberikan nikmat oleh Allah SWT.

Dari Ibnu 'Abbas, ia mendengar Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: Seandainya manusia diberi dua lembah berisi harta, tentu ia masih menginginkan lembah yang ketiga. Yang bisa memenuhi dalam perut manusia hanyalah tanah. Allah tentu akan menerima taubat bagi siapa saja yang ingin bertaubat.” 
(HR. Bukhari no. 6436) 

Bila kita mendapat sesuatu kadang kita merungut

'' Kenapa dapat macam nihh jee''
''Aku nak yang lebih baik dari ini..''
'' Aku nak dapat lebih lagi dari nihh..''

Syukurilah...apa jua yang telah diberikan untukmu. Disaat kita inginkan yang terbaik kita lupa apa yang kita miliki sekarang ini adalah yang lebih baik untuk kita. Mungkin apa yan kita rasakan baik untuk kita belum tentu baik di sisi Allah. Jangan tangisi apa yang bukan milik kita, jangan iri hati dengan kelebihan dan nikmat orang lain. Yakinlah  , Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya. Bersyukurlah setiap masa kepadaNya. Tidak kira apa jua keadaan kita senang,susah,kaya,miskin. Teruslah bersangka baik kepada Allah..

Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras." (Surah Ibrahim 14 : 7)



"Siapa yang tidak bersyukur dengan benda yang sedikit, dia juga tidak akan bersyukur dengan benda yang banyak. Siapa yang tidak mensyukuri manusia, bererti dia juga tidak mensyukuri Allah. Memperkatakan nikmat Allah adalah tanda syukur, dan mengabaikannya adalah kufur. Berjemaah itu dirahmati, sedangkan berpecah belah itu mengundang azab."
(Riwayat Ahmad dalam Musnad Ahmad pada bab Awal Musnad Ahli Kufah: Baki Hadis al-Nu'man bin Basyir r.a.)


Jika nikmat yang sedikit sahaja kita tidak mampu bersyukur inikan pula nikmat yang lebih banyak. Allah telah mengurniakan dua tangan kepada kita. Alangkah indahnya dan cantiknya kurniaan Allah. Dia memberi tangan agar kita dapat merasa, memegang, menyentuh dan sebagainya. Allah memberikan kita sepuluh jari tangan dan sepuluh jari kaki dalam keadaan sempurna. Sudahkah kita menadahkan tangan untuk meminta keampunan kepadaNya, menyatakan syukur kepadaNya atas segala nikmat yang telah diberikan kepada kita.

Ucapkanlah ''ALHAMDULILLAH''. Begitu sombongnya kita jika dalam sehari kita mempunyai 24 jam dan hanya sesaat mengucapkan perkataan syukur dalam sehari. Allahu ! Semoga kami tergolong dikalangan hambaMu yang sendiri bersyukur di atas nikmat yang sedikit mahupun yang melimpah ruah.....AAMIIN

♥ Semoga Bermanfaat ♥

Sunday 24 March 2013

Kisah kita (SAHABAT)


Bagaimana dengan Sahabat anda ??
Anda ada sahabat?? 

***

Awak dan saya BFF ( best friend forever lah orang kata ) Awak dan saya rapat bila daa jumpa susah nak dipisahkan.Kalah pasangan bahagia tengah bercinta..huhu ! Kita selalu sama-sama , kalau ada masa jalan sama-sama , makan sama , main pun sama. Bila saya sedih saya luah kat awak , sampaikan saya nak nangis depan awak bila cerita tentang masalah saya. Awak bagi semangat kat saya , awak sedia dengar semua masalah saya. (Amboii , serius sangat awak bila saya kata nak luah sesuatu kat awak) Awak dengar luahan saya dari A-Z. Terima kasih awak !

Awak pun sama , kalau awak ada masalah awak megadu kat saya. sampaikan saya pun terasa macam kat tempat awak. huhu ! Kita kongsi suka dan duka sama-sama. Sedih dan tawa sama-sama. Saya gembira sangat bila dengan awak. Awak buat saya tersenyum , dan saya lupa dengan semua masalah saya. Alhamdulillah , Allah kirimkan awak kepada saya untuk jadi sahabat saya. Terima kasih awak ! Tapi sampai satu masa tuu abah saya kena tawaran pindah kerja. Jauh juga dari tempat tinggal kami yang sekarang.  Jadi saya dan family pun kena ikut pindah sekali. ( sedihh nye saya , kali nih saya terpaksa berjauhan dari awak ) Semasa saya nak bagi tahu awak tentang nih  saya rasa tak sanggup nak bagitahu. Saya nak nangiss...T_T

Kini tiba masa untuk saya pergi , awak jaga diri baik-baik yee. Masa kat tempat baru saya cuba sesuaikan diri dengan persekitaran kat sana , saya rindu tempat tinggal saya yang dulu. Saya rindu nak sama-sama dengan awak lagi. Tapi walaupun saya jauh..Alhamdulillah , kita masih berhubung. Kita selalu berbalas email , surat , facebook untuk berhubung. Itulah medium yang menjadi penghubung kita semasa saya kat sana.

Tapi ada suatu hari tuu , saya tak ingat bila. Sejak hari tuu awak daa tak balas email saya , surat saya pun awak langsung tak balas. Berulang-ulang kali saya ''call'' nombor awak tak aktif. Hari-hari saya tunggu balasan dari awak. Tapi langsung takde. Sedih sangat saya masa tuu , macam-macam andaian yang berputar-putar dalam kotak fikiran saya.

'' Awak daa lupakan saya kee??''
''Awak tukar nombor ke , napa tak bagitahu saya pun''

Apa yang berlaku sebenarnya?? Hari-hari seterusnya , awak dan saya pun ''lost contact''. Mungkin awak sibuk , daa lupakan saya kot. 3 tahun berlalu akhirnya saya pulang ke kampung halaman saya semula. Alhamdulillah , sampai juga saya. Rindunya dengan kampung halaman , rindu gilerr kat awak. Sampai jee kat rumah , saya terus menuju ke rumah awak. Kedatangan saya disambut baik oleh ummi awak. Perkara pertama yang saya tanya adalah awak. Saya terus cari awak. Awak nak tahu?? saya ada belikan sesuatu untuk awak. Yang saya tahu awak pasti suka dengan hadiah tuu.

* tiba-tiba saya macam terasa bunyi dentuman yang sangat kuat''

Hati saya macam nak berkecai , air mata saya mengalir laju macam air terjun. Mak awak kata awak daa tiada. Awak menghidap penyakit yang serius.  Awak menhidap penyakit tuu sejak kenal dari saya lagi. Kenapa awak tak bagitahu saya?? Waktu tuu juga saya teringat akan kata-kata awak sebelum saya pindah awak kata macam nihh..

'' awak , saya sayang awak sangat-sangat. Kalau ditakdirkan saya pergi dulu dai awak jangan lupakan saya tahu. Mungkin Dia lebih sayangkan saya. Awak jaga diri baik-baik..''

Air mata saya tak henti-henti mengalir. Saya daa kehilangan awak , saya kehilangan sahabat terbaik. Walaupun awak daa jauh dari saya , saya takkan lupakan kenangan kita sampai bila-bila. Apakan daya Allah lebih sayangkan awak. Semoga awak ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Saya sayang awak...saya sayang awak sampai bila-bila BFF.

***
( Daa....daa , tukar channel ! )

P/S : Habis daa baca kisah saya nih?? huhu ! sekadar rekaan semata. Alhamdulillah. Selesai saja saya baca balik cerita nih , saya terus teringat dekat sahabat-sahabat saya. Terus saya terbayang wajah-wajah mereka nih....sahabat nihh untuk awak. Untuk awak juga yang sedang baca. Maaflah kalau tak menarik sangat nihh jee yang saya mampu buat. Terima kasih kerana sudi baca :)

'' Hargailah sahabat yang telah dikurniakan kepada mu , seperti mana dia menghargai mu sebagai sahabatnya.''

SAHABAT TILL JANNAH ^_^
IN SHAA ALLAH <3

♥ Semoga Bermanfaat ♥

Friday 22 March 2013

Kejayaan Dan Kegagalan


Bismillahirrahmannirrahim..
Segala puji bagi Allah. Tuhan yang Maha Berkuasa ke atas semua perkara. Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah.....
Saya masih berpeluang untuk menulis entry untuk sahabat-sahabat sekalian. Baiklah kita terus pergi ke pokok pangkal kali nihh saya nak cakap tentang...

'' Kejayaan Dan Kegagalan ''
( ekk ! asal tiba-tiba timbul bab kejayaan dan kegagalan , haa ! nihh lah tajuk entry kali nih saya nak kongsi dengan anda)

Sudah menjadi fitrah kepada semua orang untuk mendapatkan keputusan yang terbaik. Terutama seorang pelajar lebih-lebih lagi kepada mereka yang baru-baru ini mengambil keputusan SPM dan STPM. Pasti ada yang mendapat keputusan yang baik dan sebaliknya. Kepada mereka yang mendapat keputusan yang baik dan cemerlang, tahniah buat anda. Kepada mereka yang mendapat keputusan yang kurang baik jangan berputus asa. Perjalanan kamu masih jauh sayang , SPM/STPM bukan penamat buat hidup kamu.

Tapi kita kena ingat apabila kita mencapai kejayaan janganlah sombong , takbur yee.Jangan bongkah dengan kejayaan ujian dunia yang kecil ini. Bersyukurlah dan merendahkan diri sematkan dalam diri
'' Masih ada yang lebih hebat dari aku ''
Kejayaan yang di perolehi sekarang belum tentu segala-galanya pada masa akan datang. Kerana masih banyak rintangan yang perlu kita hadapi pada masa akan datang cuma dari diri kita jaa sebenarnya bagaimana hendak menghadapinya.

Tapi janganlah bila daa mendapat keputusan yang cemerlang , yang baik , yang gah baru nak ingat dekat Allah yang gah. Bila mendapat keputusan yang kurang baik barulah cakap Allah tuu tak adil. Begitukah?? tidakk ! biarlah kita nih menjadi hamba yang bersyukur dengan apa jua yang Allah berikan samada ia seperti yang kita target ataupun tidak.

"Dan apabila Kami beri manusia merasai sesuatu rahmat, mereka bergembira dengannya (sehingga lupa daratan); dan jika mereka ditimpa sesuatu bencana disebabkan apa yang telah dilakukan oleh tangan mereka sendiri, tiba-tiba mereka berputus asa. Mengapa mereka bersikap demikian?) dan mengapa mereka tidak melihat (dengan hati mereka) bahawa Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya (sebagai cubaan adakah orang itu bersyukur atau sebaliknya), dan Ia juga yang menyempitkannya (sebagai ujian sama ada diterima dengan sabar atau tidak)? Sesungguhnya hal yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman."(Surah Ar-Rum: 36-37)

Kepada mereka yang kurang mendapat keputusan kurang baik , jangan berhenti disini, jangan putus asa. Perjuangan kamu bukan berhenti disini , masih pajang perjalanan kamu keputusan yang tertulis diatas slip keputusan itu penamat perjalanan hidup kamu untuk berjaya. Jangan berfikiran seperti itu yaa.Kadangkala kegagalan itu adalah kasih sayang Tuhan kepada HambaNya.Sekiranya kita lihat kegagalan itu dari sudut yang lain melihat kegagalan itu secara positif ia boleh menjadi motivasi untuk diri.Mereka yang merasai kegagalan akan lebih berhati-hati untuk mencapai kejayaan selepas ini.Malahan dia akan menjadi semakin berpengalaman dalam melakukan sesuatu berdasarkan pengalaman pahit dan kegagalan sebelum ini.

Tidaklah Allah jadikan kegagalan itu sebagai penamat segala-galanya.Melainkan ia sebagai perhentian sementara sebelum mengecapi kejayaan yang diidam-idamkan.Kita ambil cerita tentang Thomas Alva Edison  pernah gagal berkali-kali dan berjaya mencipta mentol pada percubaan yang ke seribu. Wright Brothers mengalami kerugian akibat jentera terbangnya sering jatuh sebelum berjaya mencipta kapal terbang pertama didunia.Begitu juga dengan Rasul junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W menghadapi pelbagai cabaran dan kegagalan sebelum akhirnya dapat menawan Makkah dalam peristiwa Fathu Makkah dan seterusnya mengibarkan panji Islam diseluruh dunia.

Merasa gagal , lemah , putus asa itu semua adalah fitrah manusia bila meemui kegagalan.Mungkin saya juga seperti itu. Tapi kita jangan lupa setiap insan ada jalan hidup tersendiri yang sudah diatur dengan cantik dan indah oleh Allah S.W.T. Yakinlah Allah sentiasa ada disisi untuk memberikan yang terbaik untuk hambaNya.Kerana Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya. Menghadapi kegagalan dalam hidup dengan sabar ialah dengan meyakini bahawa kehidupan didunia ini adalah medan ujian dan dugaan Allah S.W.T. Dia juga menguji hamba-hambaNya yang beriman dengan pelbagai ujian dan dugaan untuk membezakan mereka yang beriman atau sebaliknya.

''Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta." (Surah Al-Ankabut: 3-4) 


Jadi jangan berandaian bahawa keputusan SPM/STPM yang kita terima baru-baru ini adalah kegagalan dan kejayaan segala-galanya. Jangan menganggap kegagalan yang kita hadapi beerti kita akan kehilangan segala-galanya. Jangan ! saya ulangi jangan !!Apa yang penting sabar dan redha dengan segala ujian itu. Kejayaan itu jangan dilihat pada sekeping slip kertas. Kejayan itu panjang perjalanannya.

Saya tertarik dengan kata-kata ini
''Lebih baik gagal, daripada lulus tiada berkat Allah didalamnya''

Bagaimana tanggapan anda dengan kata-kata diatas nih?? emm...yaa , apa guna kita berjaya jika kejayaan yang kita miliki sekarang ini tiada berkat didalamnya. Kontradiksinya , biarlah apa yang kita miliki sekarang ini adalah seiring dengan redha Allah. Tapi janganlah itu menjadi alasan untuk kita terus gagal.

'' Takpe kalau aku gagal pun , yang penting berkat..''
(ehhx2 ! salah tuu)

Tapi kita kena terus berusaha , berusaha dengan cara yang betul. 
DOA+USAHA+TAWAKAL

Adakah anda masih meneruskan pembacaan atau sudah berhenti?? jika ya Alhamdulillah..semoga entry yang saya sampaikan ini sedikit banyak memberi manfaat untuk anda.Akhirul kalam dari saya , teruslah melangkah jangan berhenti disini. Itu bukan segala-galanya. Allah tahu apa yang terbaik untuk hambaNya maka dengan itu yakinlah apa yang kamu kecapi hari ini adalah yang terbaik untuk kamu. In shaa Allah ada hikmah disebalik semua ini. Tapi apa-apa pun kejayaan yang sebenar adalah kejayaan akhirat. Jangan lupa , kerana itulah destinasi terakhir kita dunia ini hanya pesinggahan sementara. Biarlah dalam usaha kita mencari kejayaan dan ilmu dunia akhirat juga kena seiring dengan itu.

MAN JADDA WA JADA !!

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216)

Syukran...kerana menghabiskan pembacaan...Assalamualaikum ^_^


♥ Semoga Bermanfaat ♥

Dia Sahabatku



Assalamualaikum , oke ! kali nih nak cerita tentang SAHABAT saya. 

Siapa ada sahabat (angkat jari* erk !! :D )

Haa ! semua mesti ada sahabat kannn?? Mustahil lah takde...huhu ! Sahabat yang selalu ada bila kita perlukan, selalu ada bila kita saat suka dan duka. Macam saya sendiri, samalah bila saya sedih saya akan cari sahabat-sahabat saya luah dekat mereka. Alhamdulillah , mereka selalu ada untuk saya bila saya perlukan. In shaa Allah. Jazakallah khairan katsiran :) Tapi apa-apa pun sebaik-baik luah pada sahabat , luah pada DIA lagi besttt !! (eitss ! DIA siapa?? DIA yang saya maksudkan tuu ALLAH )

Dia sentiasa ada untuk kita , tidak kira masa, tempat , keadaan , yang penting setiap masa lah DIA sentiasa ada dengan kita. Bersyukurlah jika ada sahabat yang sanggup , yang sentiasa ada dengan kamu tidak kira keadaan mahupun susah dan senang. Allah telah menghantar dia untukmu , maka dengan itu hargailah dia seperti mana dia menghargai kamu sebagai sahabatnya.

Nampak tak gambar kat sebelah nihh??
nihh lahh salah seorang sahabat saya ^_^
Nama dia..
Nursyahirah tapi kalau saya. Panggilan sayang saya dekat dia ''Ira''
hee^

Dia nihh sahabat saya dari Tingkatan satu lagi sampailah sekarang. Alhamdulillah. Baik orangnya. dia nih suka '' PANDA'' dia kata panda tuu comel. Yee , memang comel...:) Emm , ada iras-iras seorang pelakon kan nama pelakon tuu ____ hhe  !
Emm..gaduh?? penahlah gaduh tapi bukan gaduh yang sampai lebam bagai yee..gaduh-gaduh sayang jee kalau kami nihh....apa-apa pun dialah insan bernama SAHABAT.

( taknak cakap panjang kang , dia baca nanti habiss lahhh sayaa.....hhe ! <3)



( Erkk !! asal tiba-tiba ada gambar gadis bertudung biru kat sini?? )

Haa ! nih sahabat saya yang lagi satu nama dia Dewi Azizah..comel orangnya kan ( *sepak batu* masuk tasik) yelah ! Ciptaan Allah semuanya cantik-cantik belaka. ^_^

Dia nihh pun sahabat lama saya daa nihh dari Sekolah Rendah lagi sampailah sekarang. Alhamdulillah.. Kami daa macam family , family saya pun daa kenal lama dengan dia.






(  Ahh ! nih lagi satu orang sahabat saya , tapi identiti dirahsiakan...hee ! )

Takdelah...dia nihh pun sahabat terbaik juga , nama dia _._._._._
Dia nih baik juga orangnya , saya kenal dia sejak dari sekolah Menengah lagi sampailah sekarang Alhamdulillah.
(error ! information)

Oke ! itulah serba sedikit cerita tentang sahabat-sahabat saya nihh , banyak perkaa daa kami lalui susah senang , tangis tawa , gembira sedih. Alhamdulillah , bersyukur dapat kenal ft jumpa dengan dorang nihh. Syukran ya sahabat. Semoga kita kekal sahabt dunia dan akhirat...aamiin ^_^


♥ Semoga Bermanfaat ♥

Warkah Untuk Sahabat



Assalamualaikum w.b.t sahabatku, maaf andai kehadiran warkah ini menganggumu. Aku cuma mengharapkan keikhlasanmu untuk memahami kandungan warkah ini yang mewakili diriku. Pertama sekali, aku ingin memohon kemaafan untuk segala silap dan kesalahan yang telah aku lakukan sepanjang kita menjalani ukhuwah.



Sahabatku,
Aku ingin kau tahu aku ini manusia biasa, begitu banyak kekurangan dan kelemahanku yang kadang membuatmu terluka kala aku sedar atau tidak melakukan itu. Kekurangan dan kelemahan yang seringkali tidak aku sedari. Andai ada bicaraku yang mengguris hati kecilmu. Maafkanlah aku, aku tidak berniat untuk menyakitimu. Namun itulah kelemahan ku dalam menjaga hati sahabat-sahabatku. Mungkin sahaja apa yang aku lakukan itu telah mengguris dan menyakitimu tanpa aku sedari. Maafkan aku bila tidak mampu menjadi yang pertama bila engkau memerlukan seseorang disampingmu. Maafkan aku kerana aku tidak mampu menjadi sahabat yang sempurna dan baik untukmu. Kerana inilah aku seadanya insan biasa.



Sahabatku,
Saat hadir ujian dalam tali persahabatan ini, aku harap kamu tidak terburu-buru menjauhiku. Tidak mungkin aku melukakan teman seperjuanganku sendiri meskipun aku akui itu aku banyak melukakan mu,maafkan aku. Kerana tawamu adalah tawaku,dukamu adalah dukaku. Oleh itu, aku mohon jika ujian hadir menerpa dengarlah dahulu penjelasanku. Seandainya satu hari nanti fitnah menghiasi hariku, aku harap kamu yang pertama menidakkan semua itu kerana seorang sahabat pasti mengenali sahabatnya. Aku harap kamu tidak akan membiarkan fitnah itu terus menjalar sampai ke telinga orang lain. Sokonganmu amat aku harapkan kerana itu penguat semangatku untuk menegakkan kebenaran yang tersimpan.



Sahabatku,
Sekiranya masih ada sisa salahku yang sehingga kini tidak kau maafkan. Maafkanlah aku,memang manusia tidak lari dari kesilapan tapi aku mohon jangan anggap aku hanya menjadikan ayat itu sebagai alasan semata. Aku tidak perlu menggunakan ayat itu untuk menutupi kesalahanku, dan aku akui aku banyak melukakanmu. Jika peristiwa yang lalu menjadikan hubungan kita semakin jauh tidak seperti dahulu. Aku masih bersyukur asalkan tali persahabatan itu tetap terjalin dan tidak terputus. Cukuplah namamu aku selitkan disetiap sujud dan doa-doaku. Semoga Allah merahmati dan melindungimu.



Sahabatku,
Disaat kita berjauhan, jarak sebagai pemisah kita, hubungan kita tidak semanis dan serapat dulu. Aku akan tetap ingat dirimu dalam doa dan ingatanku. in shaa Allah. Semoga doa itu penguat tali persaudaraan kita agar tidak melupakan antara satu sama lain. Setelah melalui apa yang telah terjadi, bila sesuatu perkara itu kembali muncul dalam ingatan, semua itu membuat aku tersenyum. Mengapa aku tersenyum kerana aku belajar erti redha itu sendiri. Aku belajar dari kesilapan sendiri dan setiap perkara yang berlaku aku ambil pengajaran. Alhamdulillah, kini aku semakin merasakan kasih sayangNya. Kasih sayang itu yang membuatkan aku untuk terus tersenyum dan redha ketika ujian datang menerpa. Ayat-ayat cintaNya(Al-Quran) aku jadikan temanku setiap masa. Allahu, begitu indah. 



Sahabatku,
Sehingga saat ini, aku tetap tidak melupakan semua yang pernah terjadi. Tapi semua itu aku jadikan kenangan meskipun kadang pahit bila terkenang. Tidak mengapa, aku sudah lama melupakan itu. Semoga Allah tetap menjaga hati ini begitu juga hatimu agar dijauhkan dari sifat dendam dan benci. Aku harap itu tidak akan pernah hadir dalam tali persahabatan ini. Tegurlah diri ini disaat kau mulai melihat ada kesilapan yang aku lakukan tanpa aku sedari kerana aku lemah, dan masih memerlukan sahabt sepertimu untuk terus menegurku.



Sahabatku,
Sampai disini warkahku untukmu, maaf andai warkah ini sedikit sebanyak menganggumu. Terima kasih untuk semuanya, Semoga Allah meredhaimu di setiap langkahmu di muka bumi ini dalam menegakkan agama Allah. Jagalah dirimu,kerana dirimu begitu berharga. Peliharalah auratmu yang menjadi perhiasan mu, jagalah ia kerana itu perintah Allah kepada kita hambaNya yang bergelar wanita. Aku mencintaimu sahabat, semoga dirimu dihindarkan dari perkara-perkara yang tidak baik. Semoga kita bersama-sama menjadi wanita solehah ,in shaa Allah. Semoga tali persahabatan kita tidak terhenti disini sahaja. Assalamualaikum. :)


♥ Semoga Bermanfaat ♥

Ini yang pertama


ALHAMDULILLAHx3
Akhirnya siap juga blog saya nih , walaupun tak lah seberapa biasa-biasa jak nih. Simple knn?? Takpe lahh apa-apa pun nih hasil usaha saya sendiri. 

'' Mendamba CintaMU''
( haa ! nih lah nama blog saya nih )

Eitss ! kejap dulu.. CINTA siapa?? emm , cintaNya lah yakni Cinta Allah. Yaa ! Cinta Allah cinta di atas semua cinta. Cinta yang kekal abadi , yang tidak pernah mengecewakan HambaNya. Alhamdulillah , beruntunglah mereka yang meletakkan cinta Allah yang pertama dihati mereka. Allahu !! Apa-apa pun saya harap semoga apa-apa yang saya share kat blog saya nih sedikit sebanyak memberi manfaat untuk anda. In shaa Allah. Saya nih taklah berilmu sangat saya hanya seorang hamba Allah yang masih menuntut ilmu , mencari ilmu , dahagakan ilmu 

'' Dulu kini dan selamanya ''

Yaa ! masih banyak ilmu yang perlu saya pelajari , semoga kita dapat berkongsi ilmu bersama yaa ^_^
Yang penting ilmu dunia juga akhirat , In shaa Allah. Semoga dipermudahkan oleh yang Maha Kuasa. 
Adakah anda masih meneruskan bacaan anda?? Jika yaa , nih saya nak cakap lagi..huhu ! >.<

Nak cakap !! emmm..........

'' Syukran kerana sudi singgah melawat ke blog saya ^^, ''

Baiklah itu jee saya nak cakap , Assalamualaikum w.b.t :))

♥ Semoga Bermanfaat ♥