CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »
♥ ALLAH without me is stiil ALLAH but me without ALLAH is nothing ♥ Di saat bersendirian baru kita sedar yang kita hanya ada Tuhan ♥ Sesungguhnya, tudung labuh itu tidak pernah menjadikan dirimu insan yang paling solehah.Kerana kau tidak pernah tahu nilaian solehah di mata Tuhan ♥

Friday 22 March 2013

Kejayaan Dan Kegagalan


Bismillahirrahmannirrahim..
Segala puji bagi Allah. Tuhan yang Maha Berkuasa ke atas semua perkara. Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah.....
Saya masih berpeluang untuk menulis entry untuk sahabat-sahabat sekalian. Baiklah kita terus pergi ke pokok pangkal kali nihh saya nak cakap tentang...

'' Kejayaan Dan Kegagalan ''
( ekk ! asal tiba-tiba timbul bab kejayaan dan kegagalan , haa ! nihh lah tajuk entry kali nih saya nak kongsi dengan anda)

Sudah menjadi fitrah kepada semua orang untuk mendapatkan keputusan yang terbaik. Terutama seorang pelajar lebih-lebih lagi kepada mereka yang baru-baru ini mengambil keputusan SPM dan STPM. Pasti ada yang mendapat keputusan yang baik dan sebaliknya. Kepada mereka yang mendapat keputusan yang baik dan cemerlang, tahniah buat anda. Kepada mereka yang mendapat keputusan yang kurang baik jangan berputus asa. Perjalanan kamu masih jauh sayang , SPM/STPM bukan penamat buat hidup kamu.

Tapi kita kena ingat apabila kita mencapai kejayaan janganlah sombong , takbur yee.Jangan bongkah dengan kejayaan ujian dunia yang kecil ini. Bersyukurlah dan merendahkan diri sematkan dalam diri
'' Masih ada yang lebih hebat dari aku ''
Kejayaan yang di perolehi sekarang belum tentu segala-galanya pada masa akan datang. Kerana masih banyak rintangan yang perlu kita hadapi pada masa akan datang cuma dari diri kita jaa sebenarnya bagaimana hendak menghadapinya.

Tapi janganlah bila daa mendapat keputusan yang cemerlang , yang baik , yang gah baru nak ingat dekat Allah yang gah. Bila mendapat keputusan yang kurang baik barulah cakap Allah tuu tak adil. Begitukah?? tidakk ! biarlah kita nih menjadi hamba yang bersyukur dengan apa jua yang Allah berikan samada ia seperti yang kita target ataupun tidak.

"Dan apabila Kami beri manusia merasai sesuatu rahmat, mereka bergembira dengannya (sehingga lupa daratan); dan jika mereka ditimpa sesuatu bencana disebabkan apa yang telah dilakukan oleh tangan mereka sendiri, tiba-tiba mereka berputus asa. Mengapa mereka bersikap demikian?) dan mengapa mereka tidak melihat (dengan hati mereka) bahawa Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya (sebagai cubaan adakah orang itu bersyukur atau sebaliknya), dan Ia juga yang menyempitkannya (sebagai ujian sama ada diterima dengan sabar atau tidak)? Sesungguhnya hal yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman."(Surah Ar-Rum: 36-37)

Kepada mereka yang kurang mendapat keputusan kurang baik , jangan berhenti disini, jangan putus asa. Perjuangan kamu bukan berhenti disini , masih pajang perjalanan kamu keputusan yang tertulis diatas slip keputusan itu penamat perjalanan hidup kamu untuk berjaya. Jangan berfikiran seperti itu yaa.Kadangkala kegagalan itu adalah kasih sayang Tuhan kepada HambaNya.Sekiranya kita lihat kegagalan itu dari sudut yang lain melihat kegagalan itu secara positif ia boleh menjadi motivasi untuk diri.Mereka yang merasai kegagalan akan lebih berhati-hati untuk mencapai kejayaan selepas ini.Malahan dia akan menjadi semakin berpengalaman dalam melakukan sesuatu berdasarkan pengalaman pahit dan kegagalan sebelum ini.

Tidaklah Allah jadikan kegagalan itu sebagai penamat segala-galanya.Melainkan ia sebagai perhentian sementara sebelum mengecapi kejayaan yang diidam-idamkan.Kita ambil cerita tentang Thomas Alva Edison  pernah gagal berkali-kali dan berjaya mencipta mentol pada percubaan yang ke seribu. Wright Brothers mengalami kerugian akibat jentera terbangnya sering jatuh sebelum berjaya mencipta kapal terbang pertama didunia.Begitu juga dengan Rasul junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W menghadapi pelbagai cabaran dan kegagalan sebelum akhirnya dapat menawan Makkah dalam peristiwa Fathu Makkah dan seterusnya mengibarkan panji Islam diseluruh dunia.

Merasa gagal , lemah , putus asa itu semua adalah fitrah manusia bila meemui kegagalan.Mungkin saya juga seperti itu. Tapi kita jangan lupa setiap insan ada jalan hidup tersendiri yang sudah diatur dengan cantik dan indah oleh Allah S.W.T. Yakinlah Allah sentiasa ada disisi untuk memberikan yang terbaik untuk hambaNya.Kerana Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya. Menghadapi kegagalan dalam hidup dengan sabar ialah dengan meyakini bahawa kehidupan didunia ini adalah medan ujian dan dugaan Allah S.W.T. Dia juga menguji hamba-hambaNya yang beriman dengan pelbagai ujian dan dugaan untuk membezakan mereka yang beriman atau sebaliknya.

''Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta." (Surah Al-Ankabut: 3-4) 


Jadi jangan berandaian bahawa keputusan SPM/STPM yang kita terima baru-baru ini adalah kegagalan dan kejayaan segala-galanya. Jangan menganggap kegagalan yang kita hadapi beerti kita akan kehilangan segala-galanya. Jangan ! saya ulangi jangan !!Apa yang penting sabar dan redha dengan segala ujian itu. Kejayaan itu jangan dilihat pada sekeping slip kertas. Kejayan itu panjang perjalanannya.

Saya tertarik dengan kata-kata ini
''Lebih baik gagal, daripada lulus tiada berkat Allah didalamnya''

Bagaimana tanggapan anda dengan kata-kata diatas nih?? emm...yaa , apa guna kita berjaya jika kejayaan yang kita miliki sekarang ini tiada berkat didalamnya. Kontradiksinya , biarlah apa yang kita miliki sekarang ini adalah seiring dengan redha Allah. Tapi janganlah itu menjadi alasan untuk kita terus gagal.

'' Takpe kalau aku gagal pun , yang penting berkat..''
(ehhx2 ! salah tuu)

Tapi kita kena terus berusaha , berusaha dengan cara yang betul. 
DOA+USAHA+TAWAKAL

Adakah anda masih meneruskan pembacaan atau sudah berhenti?? jika ya Alhamdulillah..semoga entry yang saya sampaikan ini sedikit banyak memberi manfaat untuk anda.Akhirul kalam dari saya , teruslah melangkah jangan berhenti disini. Itu bukan segala-galanya. Allah tahu apa yang terbaik untuk hambaNya maka dengan itu yakinlah apa yang kamu kecapi hari ini adalah yang terbaik untuk kamu. In shaa Allah ada hikmah disebalik semua ini. Tapi apa-apa pun kejayaan yang sebenar adalah kejayaan akhirat. Jangan lupa , kerana itulah destinasi terakhir kita dunia ini hanya pesinggahan sementara. Biarlah dalam usaha kita mencari kejayaan dan ilmu dunia akhirat juga kena seiring dengan itu.

MAN JADDA WA JADA !!

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216)

Syukran...kerana menghabiskan pembacaan...Assalamualaikum ^_^


♥ Semoga Bermanfaat ♥

0 ulasan: