CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »
♥ ALLAH without me is stiil ALLAH but me without ALLAH is nothing ♥ Di saat bersendirian baru kita sedar yang kita hanya ada Tuhan ♥ Sesungguhnya, tudung labuh itu tidak pernah menjadikan dirimu insan yang paling solehah.Kerana kau tidak pernah tahu nilaian solehah di mata Tuhan ♥

Monday 24 March 2014

PINK pelik kee??




Assalamualaikum, nak cakap tentang warna pink pula kali nih. Siapa suka warna merah jambu?? Emm , pelikkah orang yang suka pink nih arr?? Taklah certain orang bila cakap merah jambu macam something jee yang tak kena. hhe ! No matter lah lain orang lain pendapatkan?? Masing-masing lain pandangan,it's ok lah. Tak nak cakap panjang pasal tuu.

Kalau tanya saya?? Saya suka pink juga tapi saya suka juga warna merah dulu lagi. Cuma tuu ada orang tanya saya hari tuu.

''Ayu sejak bila minat pink nih..benda kau semua pink nampak''


Sejak bila ehh?? Tak tahu lah , tak perasan pula benda banyak warna pink. So sweet pula. -..- So far bagi saya pink tak lah sesuatu yang pelik kot. Just maybe lembutkan. Kalau saya , saya tak berapa suka pink yang lembut sangat tuu lebih suka dengan pink yang agak terang tuu. Ntahlah serasi di mata kali,,,haha !

No matter what the people in the around want to say about pink. For me?? It's a common matter. And I don't think so it's a weird. ^__^

♥ Semoga Bermanfaat ♥

Friday 21 March 2014

Coretan Seorang Hamba




Kadang mulut yang terdiam seribu bahasa bukan lah sebab diri sedang marah melainkan sedang berfikir hujah apa yang boleh disuarakan untuk menjawab soalan-soalan yang di tujukan kepada diri. Di saat mulut terkunci membisu tanpa kata bukanlah pula kerana mengiyakan semua angapan yang di tujukan kepada diri. Melainkan dia sedang bermuhasabah diri kepada penciptanya. 

Jujur atau boleh disamakan dengan ''skema'' menjadi spekulasi,tanggapan, anggapan dan sebagainya. Kerana dengan itu, aku mohon jangan nilai aku dengan mata kasar. Kerana dia, aku dan kamu adalah hamba kepada Tuhan yang Satu yakni Allah. Cukuplah menjawab dari hati ke hati mungkin itu lebih berkesan buat hati-hati yang sedang tertanya-tanya dan bertanggapan sedemikian. Kadang suka rasanya jika kita boleh berkongsi satu ayat yang mana ''tidak terlepas satu pun perbuatanmu yang tidak terkecuali akan dihisab pada hari kiamat nanti walaupun sekecil zarah''

Tidaklah aku salah orang sekelilingku yang mempunyai tanggapan seperti itu kepada diri ini. Melainkan aku menjadi orang yang bersyukur kerana mash di ingatkan Allah berkenaan dengan hal tersebut melalui perantaraan hamba-hambaNya yang lain.Bukan kerana diri ingin menjadi terlalu jujur.Melainkan aku menjadi takut bila berkenaan dengan amanah, urusan yang akan aku laksanakan. Bagaimana mungkin aku menjawab pertanyaan Allah ketika aku sedang berhadapan denganNya suatu kelak nanti. Jawapan apa yang akan aku berikan kepada Allah ketika pelbagai soalan yang akan aku tanggungjawabkan di hari kelak.

Aku bukan Tuhan, aku bukan Malaikat, maksum juga jauh sekali daripada diri yang tidak lepas dari berbuat dosa ini. Lantas jangan pandang aku seperti Malaikat dek tanggapan yang di tujukan kepada aku. Jauh sekali perkataan ''sempurna'' itu dari aku. 

Berjalanlah di pentas dunia,
Bukan pentas khayalan,
Kini aku berada di dunia,
Dan esok entah bila aku akan dipanggil kembali oleh Maha Pemilik.
Dan dengan itu juga aku harap,
Aku akan di panggil dengan cintaNya. :'(




♥ Semoga Bermanfaat ♥

Allah ! Lemahnya aku..






Kadang kaki lelah untuk melangkah,
Kadang kaki langkah terbengkok dari niat awal,
Kadang kaki lemah untuk meneruskan langkah diri,

Allah ! Lemahnya aku...
Sejentik ujian yang Engkau beri sudah membuat aku hampir jatuh,

Pernah diri hampir rebah  dek ujian yang diberi,
Pernah diri duduk tersungkur meneliti bertapa lemah aku di hadapan yang Maha Berkuasa,
Pernah dan pernah itu sedikit sebanyak itu membuatkan aku semakin sedar dan sedar yang aku tiada apa-apanya tanpa Allah.

Semua yang berlaku tetap dilalui,
Kaki tetap digagahi untuk melangkah,
Diri terus bangkit untuk terus menempunya,

Kerana aku yakin .
Tiada yang sia-sia dengan perancanganMu Ya Rabb,
Kerna aku yakin,
Akan ada hikmah yang telah Engkau sembunyikan untuk hambaMu ini.

Bukanlah diri ingin mengeluh dengan apa yang terjadi,
Bukan juga diri cuba mengelak dari apa yang telah ditetapkan untuk aku,
Semua yang telah diatur untuk aku,

Tidak !
Kerna tidak akan pernah aku tahu rahsia perancanganMu ya Allah,
Kerna tidak akan pernah aku dapat jangka akan apa yang telah Engkau persiapkan untuk aku.

Maka dengan itu,
Hanya satu pintaku kepada Mu ya Rabb !
Pinjamkan aku secebis kekuatan untuk aku terus gagah melangkah,
Pinjamkan aku sedikit kesabaran untuk terus tabah menempuhi semua ini.

Kerna aku tidak akan mampu,
Dan tidak akan mampu untuk berjalan sendiri tanpa sedikit kekuatan dari Mu,

Allah ! Lemahnya aku...
Tunjukkanlah aku jalan Mu untuk aku menempuhi segalanya sesuai dengan kehendak Mu,
Dan bukan mengikut kehendakku semata-mata.
♥ Semoga Bermanfaat ♥

Tuesday 18 March 2014

Pernah??





Pernah??
Selesai solat,
Duduk terdiam seolah-olah ada saja yang sedang difikirkan,
Pernah??
Selesai solat,
Terdiam membisu seribu bahasa sepeti ada yang ingin diuahkan,
Pernah??
Selesai solat,
Duduk terkaku di tikar sejadah seolah-olah lidah begitu berat untuk mengungkapkan,
Diam,
Membisu
Kelu,

Akhirnya, jatuh manik-manik jernih,
Mata sudah tidak mampu menahan mutiara air mata dari jatuh jua,
ALLAH !!
Bukan sombong,
Bukan tidak mahu bicara,
Lantaran diri ini terlalu dan terlalu malu kepadaMu,
Tikar sejadah itu,
Menjadi tempat untuk meluahkan rasa hati,
Menjadi tempat berbicara dengan pencipta,
Kerana dia tahu tiada hijab antara dia dan penciptanya,

Bukan kerana diri terdiam tanpa bahasa,
Bermakna Allah tidak mendengar isi hati itu,
Jangan bimbang,
Allah tahu lidah mu kelu untuk mengungkapkan bicara,
Tapi Allah tetap faham akan bicara hati itu.
♥ Semoga Bermanfaat ♥

Monday 17 March 2014

Insan Bernama Sahabat



( Me and Elya)

Assalamualaikum w.b.t  ^__^
Alhamdulillah , masih di beri kesempatan untuk mengupdate sekali lagi blog ini.

arrr..nampak tak gambar kat atas tuu??
Itu lar gambar sorang lagi sahabat saya..nama dia Sharina tapi lebih biasa panggil dia Ina atau Elya saja.
( err....Elya?? Kata nama Sharina awat panggil Elya pula -.- tuu panggilan manja kitaorang takyah jeless...hhe )

Saya daa lama kenal dengan dia nih sejak sekolah rendah lagi masa darjah 3. Masih ingat lagi dia orang first yang tegur aku masa hari pertama masuk sekolah. Ooo soo sweet dear ! 'Aku still ingat lagi tahu Elya....' ^_^
Semasa sekolah rendah..emm , rapat ke tak arr.....jap....hhe ! Mestilah rapat kami macam orang ''couple'' daa mana-mana pergi mesti ada bersama...ceyy !

Waktu darjah 3-5 kami still sama kelas lagi tapi bila daa masuk darjah 6 kami terpisah , saya pindah kelas depan..huhu ! Macam nak tak nak jee masa tuu tukar kelas, padahal dekat jak pun rehat atau pulang boleh jumpa.

Tapi itu bukan masalah utama , even lain kelas daa kami still masih sama-sama. Masih ingat , asaljee rehat dia akan tunggu aku depan kelas kalau tak pun saya yang akan tunggu dia kat depan kelas. Senang citer saling menungglah...hhe ! Sosweet pula masa tuu kan Elya -..-

Bila masuk menengah kami still satu sekolah. Tapi beza kelas lagi , tapi dalam masa tuu kami still lah juga jumpa, tegur sapa kalau terserempak. Tapi taklah rapat macam sekolah rendah masing-masing pun sibuk tak selalu dapat jumpa kelas pun tak samakan. Pernah juga beberapa bulan kami langsung tak berhubung masa lepas SPM. Masa tuu masing-masing sibuk dengan urusan tersendiri. Dia pun ambil kerja partime. 

Tak sangka hubungan yang lama tergantung dalam beberapa bulan tak jumpa dia. Suatu hari tuu saya jumpa dia kat satu pusat mall. Rindu gileerr kot aku kat dia..huhu

''Suatu perkara yang aku jangka berlaku , suatu perkara yang aku tak pernah terlintas terjadi. Allah ! Mungkn itu ujian untuk mu sahabat. Bagaimana mungkin saat itu aku meluahkan apa yang tersirat di dalam lubuk hati..''

Takdir berpihak lagi kepada kita. Kita ditakdirkan untuk masuk Form 6 selepas dapat results SPM. Bahkan satu lagi. Alhamdulillah !! Sekian lama terpisah akhirnya Allah satukan kembali dalam kelas yang sama. Indah bukan aturan Allah. Hari demi hari kami lalui bersama , tawa gembira kongsi bersama. Sedih dan tangis juga kami kongsi bersama. Macam sharing is caing lahh....cuma bila dia nangis tuu tak dapat lah saya nak bagi dia tisu. Sebab masa tuu memang takde tisu dibawa...hehe (gurau jee..)

'' Apa-apa pun , dia sahabat yang terbaik untuk aku. Terima kasih , kerana menjadi sahabat yang baik sekaligus menjadi seorang pendengar yang setia. Just satu aku minta please stay strong even whatever situation that you will infront. Jadikan apa yang pernah berlaku sebelum nih sebagai iktibar buat aku, dirimu danjuga sahabat yang lain. Aku tidak akan sentiasa bersam sahabat-sahabat ku. Sebab suatu hari nanti kita akan terpisah jua bila Allah mengkehendakinya. Aku tidak selalu dapat menarik tangan kamu ketika kamu jatuh. Tidak juga selalu dapat menjadi orang pertama yang menghulurkan bantuan ketika kau perlukan. Tapi percayalah ! Allah.... ya ! Allah akan sentiasa ada bersama-sama kita. Allah akan jaga sahabat-sahabat ku ini untuk aku. Bila aku berada jauh dari mereka dan begitu juga sebaliknya. ''

Syukran sahabat ! Semoga persahabatan ini kekal...in shaa Allah dunia wal akhirat. Jaga diri ya sayang ! Innallaha ma'ana. Don't worry. Allah with us! Ana uhhibuki fillah ^_^

♥ Semoga Bermanfaat ♥

Friday 14 March 2014

Tiada satu pun ujian yang melemahkan




Ada saat mulut terdiam seribu bahasa, kaki mulai lemah melangkah. Hati mulai meronta-ronta dengan seribu persoalan yang bermain di kotak fikiran. Teringin rasanya aku meluahkan segala yang terpendam, segala yang ditanggung.

“Dan kerana Tuhanmu, bersabarlah.” (Al-Muddassir, 74:7)

Segala yang berlaku berjalan sesuai dengan kehendak yang Maha Esa. Pernah jua diri terasa terlalu lemah untuk menghadapinya. Ternyata aku salah , Dia tidak pernah meninggalkan aku ketika tiada sesiapa di sisi saat aku betul-betul rapuh dalam langkah. Ya ! Terima kasih ya Allah. Ketika hati tidak mampu menanggung segala yang di rasa, Dia memujuk hambaNya yang lemah ini melalui ayat-ayat cintaNya yang tiada tandingan. Ketika mata sudah tidak mampu menahan takungan kolam air mata, Dia memberi kesempatan kepada hambaNya yang kerdil ini untuk meluahkan segala rasa hati melalui sujud kepadaNya. Apa lagi yang aku harapkan seandainya yang aku inginkan dalam hidup ini hanya Redha Allah dunia dan akhirat ku.

‘’ Sudah berapa banyak bahu yang aku pinjam untuk bersandar ketika aku lemah dan berkongsi kesedihan. Ternyata aku hanya perlukan sebuah lantai untuk aku bersujud dan meluah kepadaNya’’

Hari demi hari semakin banyak nikmat yang aku nikmati, nafas, udara, tangan, kaki, mata, telinga dan semua ini dengan sedikit syukur di dalam diri. Dan sampai suatu saat nanti , semua ini akan dikembalikan kepada Dia yang Maha Kaya. Mungkin kerna aku belum benar-benar kukuh cintaku kepadaNya dan disebabkan itu aku mudah rapuh tentang soal hati. Begitu besar cinta Allah kepada HambaNya sehingga perkara kecil jua aku terasa kasih sayangNya.

Terima kasih ya Allah! Sampai suatu saat aku muhasabah diri ini, masih jauh perjalanan yang perlu aku hadapi. Akan terdapat pelbagai liku dan ujian yan sedang menanti. Dari mana kekuatan itu perlu aku jana, tanpa secebis kekuatan yang dipinjamkan Allah kepada aku. Langit tak selalunya cerah kadang hujan turun disaat aku mencari-cari di mana matahari. Laut tak selalunya tenang akan ada setiap saat ombak yang memukul pantai. Hidup pula tak selalunya bahagia akan datang suatu saat kita tidak sekuat biasa, kita tidak seramah biasa.

Semua akan berubah, dari masa ke semasa segalanya akan berubah kerana aku tahu tidak aka nada sesuatu pun di dunia ini yang kekal melainkan Allah yang Maha Kekal.




“Ihfazillah Yahfazka,jagalah Allah, maka Allah akan menjagamu”





♥ Semoga Bermanfaat ♥