CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »
♥ ALLAH without me is stiil ALLAH but me without ALLAH is nothing ♥ Di saat bersendirian baru kita sedar yang kita hanya ada Tuhan ♥ Sesungguhnya, tudung labuh itu tidak pernah menjadikan dirimu insan yang paling solehah.Kerana kau tidak pernah tahu nilaian solehah di mata Tuhan ♥

Sunday 24 March 2013

Kisah kita (SAHABAT)


Bagaimana dengan Sahabat anda ??
Anda ada sahabat?? 

***

Awak dan saya BFF ( best friend forever lah orang kata ) Awak dan saya rapat bila daa jumpa susah nak dipisahkan.Kalah pasangan bahagia tengah bercinta..huhu ! Kita selalu sama-sama , kalau ada masa jalan sama-sama , makan sama , main pun sama. Bila saya sedih saya luah kat awak , sampaikan saya nak nangis depan awak bila cerita tentang masalah saya. Awak bagi semangat kat saya , awak sedia dengar semua masalah saya. (Amboii , serius sangat awak bila saya kata nak luah sesuatu kat awak) Awak dengar luahan saya dari A-Z. Terima kasih awak !

Awak pun sama , kalau awak ada masalah awak megadu kat saya. sampaikan saya pun terasa macam kat tempat awak. huhu ! Kita kongsi suka dan duka sama-sama. Sedih dan tawa sama-sama. Saya gembira sangat bila dengan awak. Awak buat saya tersenyum , dan saya lupa dengan semua masalah saya. Alhamdulillah , Allah kirimkan awak kepada saya untuk jadi sahabat saya. Terima kasih awak ! Tapi sampai satu masa tuu abah saya kena tawaran pindah kerja. Jauh juga dari tempat tinggal kami yang sekarang.  Jadi saya dan family pun kena ikut pindah sekali. ( sedihh nye saya , kali nih saya terpaksa berjauhan dari awak ) Semasa saya nak bagi tahu awak tentang nih  saya rasa tak sanggup nak bagitahu. Saya nak nangiss...T_T

Kini tiba masa untuk saya pergi , awak jaga diri baik-baik yee. Masa kat tempat baru saya cuba sesuaikan diri dengan persekitaran kat sana , saya rindu tempat tinggal saya yang dulu. Saya rindu nak sama-sama dengan awak lagi. Tapi walaupun saya jauh..Alhamdulillah , kita masih berhubung. Kita selalu berbalas email , surat , facebook untuk berhubung. Itulah medium yang menjadi penghubung kita semasa saya kat sana.

Tapi ada suatu hari tuu , saya tak ingat bila. Sejak hari tuu awak daa tak balas email saya , surat saya pun awak langsung tak balas. Berulang-ulang kali saya ''call'' nombor awak tak aktif. Hari-hari saya tunggu balasan dari awak. Tapi langsung takde. Sedih sangat saya masa tuu , macam-macam andaian yang berputar-putar dalam kotak fikiran saya.

'' Awak daa lupakan saya kee??''
''Awak tukar nombor ke , napa tak bagitahu saya pun''

Apa yang berlaku sebenarnya?? Hari-hari seterusnya , awak dan saya pun ''lost contact''. Mungkin awak sibuk , daa lupakan saya kot. 3 tahun berlalu akhirnya saya pulang ke kampung halaman saya semula. Alhamdulillah , sampai juga saya. Rindunya dengan kampung halaman , rindu gilerr kat awak. Sampai jee kat rumah , saya terus menuju ke rumah awak. Kedatangan saya disambut baik oleh ummi awak. Perkara pertama yang saya tanya adalah awak. Saya terus cari awak. Awak nak tahu?? saya ada belikan sesuatu untuk awak. Yang saya tahu awak pasti suka dengan hadiah tuu.

* tiba-tiba saya macam terasa bunyi dentuman yang sangat kuat''

Hati saya macam nak berkecai , air mata saya mengalir laju macam air terjun. Mak awak kata awak daa tiada. Awak menghidap penyakit yang serius.  Awak menhidap penyakit tuu sejak kenal dari saya lagi. Kenapa awak tak bagitahu saya?? Waktu tuu juga saya teringat akan kata-kata awak sebelum saya pindah awak kata macam nihh..

'' awak , saya sayang awak sangat-sangat. Kalau ditakdirkan saya pergi dulu dai awak jangan lupakan saya tahu. Mungkin Dia lebih sayangkan saya. Awak jaga diri baik-baik..''

Air mata saya tak henti-henti mengalir. Saya daa kehilangan awak , saya kehilangan sahabat terbaik. Walaupun awak daa jauh dari saya , saya takkan lupakan kenangan kita sampai bila-bila. Apakan daya Allah lebih sayangkan awak. Semoga awak ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Saya sayang awak...saya sayang awak sampai bila-bila BFF.

***
( Daa....daa , tukar channel ! )

P/S : Habis daa baca kisah saya nih?? huhu ! sekadar rekaan semata. Alhamdulillah. Selesai saja saya baca balik cerita nih , saya terus teringat dekat sahabat-sahabat saya. Terus saya terbayang wajah-wajah mereka nih....sahabat nihh untuk awak. Untuk awak juga yang sedang baca. Maaflah kalau tak menarik sangat nihh jee yang saya mampu buat. Terima kasih kerana sudi baca :)

'' Hargailah sahabat yang telah dikurniakan kepada mu , seperti mana dia menghargai mu sebagai sahabatnya.''

SAHABAT TILL JANNAH ^_^
IN SHAA ALLAH <3

♥ Semoga Bermanfaat ♥

0 ulasan: