CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »
♥ ALLAH without me is stiil ALLAH but me without ALLAH is nothing ♥ Di saat bersendirian baru kita sedar yang kita hanya ada Tuhan ♥ Sesungguhnya, tudung labuh itu tidak pernah menjadikan dirimu insan yang paling solehah.Kerana kau tidak pernah tahu nilaian solehah di mata Tuhan ♥

Friday 21 March 2014

Coretan Seorang Hamba




Kadang mulut yang terdiam seribu bahasa bukan lah sebab diri sedang marah melainkan sedang berfikir hujah apa yang boleh disuarakan untuk menjawab soalan-soalan yang di tujukan kepada diri. Di saat mulut terkunci membisu tanpa kata bukanlah pula kerana mengiyakan semua angapan yang di tujukan kepada diri. Melainkan dia sedang bermuhasabah diri kepada penciptanya. 

Jujur atau boleh disamakan dengan ''skema'' menjadi spekulasi,tanggapan, anggapan dan sebagainya. Kerana dengan itu, aku mohon jangan nilai aku dengan mata kasar. Kerana dia, aku dan kamu adalah hamba kepada Tuhan yang Satu yakni Allah. Cukuplah menjawab dari hati ke hati mungkin itu lebih berkesan buat hati-hati yang sedang tertanya-tanya dan bertanggapan sedemikian. Kadang suka rasanya jika kita boleh berkongsi satu ayat yang mana ''tidak terlepas satu pun perbuatanmu yang tidak terkecuali akan dihisab pada hari kiamat nanti walaupun sekecil zarah''

Tidaklah aku salah orang sekelilingku yang mempunyai tanggapan seperti itu kepada diri ini. Melainkan aku menjadi orang yang bersyukur kerana mash di ingatkan Allah berkenaan dengan hal tersebut melalui perantaraan hamba-hambaNya yang lain.Bukan kerana diri ingin menjadi terlalu jujur.Melainkan aku menjadi takut bila berkenaan dengan amanah, urusan yang akan aku laksanakan. Bagaimana mungkin aku menjawab pertanyaan Allah ketika aku sedang berhadapan denganNya suatu kelak nanti. Jawapan apa yang akan aku berikan kepada Allah ketika pelbagai soalan yang akan aku tanggungjawabkan di hari kelak.

Aku bukan Tuhan, aku bukan Malaikat, maksum juga jauh sekali daripada diri yang tidak lepas dari berbuat dosa ini. Lantas jangan pandang aku seperti Malaikat dek tanggapan yang di tujukan kepada aku. Jauh sekali perkataan ''sempurna'' itu dari aku. 

Berjalanlah di pentas dunia,
Bukan pentas khayalan,
Kini aku berada di dunia,
Dan esok entah bila aku akan dipanggil kembali oleh Maha Pemilik.
Dan dengan itu juga aku harap,
Aku akan di panggil dengan cintaNya. :'(




♥ Semoga Bermanfaat ♥

0 ulasan: