CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »
♥ ALLAH without me is stiil ALLAH but me without ALLAH is nothing ♥ Di saat bersendirian baru kita sedar yang kita hanya ada Tuhan ♥ Sesungguhnya, tudung labuh itu tidak pernah menjadikan dirimu insan yang paling solehah.Kerana kau tidak pernah tahu nilaian solehah di mata Tuhan ♥

Friday 21 March 2014

Allah ! Lemahnya aku..






Kadang kaki lelah untuk melangkah,
Kadang kaki langkah terbengkok dari niat awal,
Kadang kaki lemah untuk meneruskan langkah diri,

Allah ! Lemahnya aku...
Sejentik ujian yang Engkau beri sudah membuat aku hampir jatuh,

Pernah diri hampir rebah  dek ujian yang diberi,
Pernah diri duduk tersungkur meneliti bertapa lemah aku di hadapan yang Maha Berkuasa,
Pernah dan pernah itu sedikit sebanyak itu membuatkan aku semakin sedar dan sedar yang aku tiada apa-apanya tanpa Allah.

Semua yang berlaku tetap dilalui,
Kaki tetap digagahi untuk melangkah,
Diri terus bangkit untuk terus menempunya,

Kerana aku yakin .
Tiada yang sia-sia dengan perancanganMu Ya Rabb,
Kerna aku yakin,
Akan ada hikmah yang telah Engkau sembunyikan untuk hambaMu ini.

Bukanlah diri ingin mengeluh dengan apa yang terjadi,
Bukan juga diri cuba mengelak dari apa yang telah ditetapkan untuk aku,
Semua yang telah diatur untuk aku,

Tidak !
Kerna tidak akan pernah aku tahu rahsia perancanganMu ya Allah,
Kerna tidak akan pernah aku dapat jangka akan apa yang telah Engkau persiapkan untuk aku.

Maka dengan itu,
Hanya satu pintaku kepada Mu ya Rabb !
Pinjamkan aku secebis kekuatan untuk aku terus gagah melangkah,
Pinjamkan aku sedikit kesabaran untuk terus tabah menempuhi semua ini.

Kerna aku tidak akan mampu,
Dan tidak akan mampu untuk berjalan sendiri tanpa sedikit kekuatan dari Mu,

Allah ! Lemahnya aku...
Tunjukkanlah aku jalan Mu untuk aku menempuhi segalanya sesuai dengan kehendak Mu,
Dan bukan mengikut kehendakku semata-mata.
♥ Semoga Bermanfaat ♥

0 ulasan: