CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »
♥ ALLAH without me is stiil ALLAH but me without ALLAH is nothing ♥ Di saat bersendirian baru kita sedar yang kita hanya ada Tuhan ♥ Sesungguhnya, tudung labuh itu tidak pernah menjadikan dirimu insan yang paling solehah.Kerana kau tidak pernah tahu nilaian solehah di mata Tuhan ♥

Wednesday 5 June 2013

Sahabat yang Baik



Kita Sahabat selamanya,
Bersama untuk selamanya,
Kau dan aku sahabat selamanya,
Setia !
In shaa ALLAH..

Alhamdulillah , segala puji bagi Allah. Tuhan yang Maha Berkuasa ke atas semua perkara. Maha Pemilik Cinta yang telah memberikan pelbagai nikmat kepada hamba-hamba-Nya tidak kira siapa insan itu, tua atau muda, miskin atau kaya, taat atau derhaka. Begitu besar tandan kasih dan sayang Allah kepada kita semua.

'' SAHABAT ''
( siapa ada sahabat?? boleh angkat jari..)

Setiap insan pasti memiliki teman atau sahabat..bukan??
Tidak kiralah sahabat kita itu siapa. Samada mereka tua atau muda, miskin atau kaya, cantik atau kurang cantik, lelaki atau perempuan, bermacam-macam lagi. Allah Maha Bijaksana , begitu banyak pilihan yang telah diberikan kepada kita bukan hanya satu macam. Hinggakan hidup ini penuh dengan warna warni kehidupan.

Hidup ini tak selalu indah , kadang sedih menerpa diri sebelum bahagia menjelma. Kadang langit tak selalu cerah, akan mendung di tengah hari. Begitulah kehidupan penuh dengan pancaroba dan onak duri(ujian). Pilihan berada ditangan kita sendiri. Masing-masing inginkan yang terbaik malah inginkan yang lebih baik. Kerana dalam kehidupan kita berharap pilihan kita itu dapat membantu kita dalam menuju ke arah kebaikan.

'' Sahabat tak perlu pilih yang kaya, tak perlu cari yang berupa. Cukup mereka yang sentiasa ada dengan kita....itu sudah cukup memadai..''

Sahabat yang baik

Pada hari ini, sahabat yang baik itu. Wujud ! Meskipun tidak banyak. Bilangan yang sedikit pun sudah memadai. Kadang bilangan yang banyak belum tentu menjadi dan berkualiti. Tetapi dengan yang sedikit itu tidak menjadikan hidup ini sepi. Sahabat yang baik sedikit sebanyak akan terpancar soleh dan solehah.

Meskipun sahabat itu mempunyai kekurangan dan keaiban. Tapi dalam berjuta kekurang pasti akan ada terselit kebaikan di dalamnya. Mungkin juga dia seorang yang hebat dalam suatu bidang tapi tidak dalam bidang yang lain. Namun itu bukanlah suatu hal yang perlu diperbesarkan dan di ungkitkan.

'' Kerana setiap orang perlu tahu akan diri masing-masing. Asal jangan asyik mencari kesalahan orang lain...''

Bersahabatlah dengan sesiapa sahaja. Tetapi jika kita bersahabt dengan sahabat yang baik. Soleh dan solehah. Sudah pasti kita tidak akan rugi. Pada sahabat yang baik itu kadang nasihatnya boleh kita ambil dan manfaatnya. Pada sahabat yang baik itu ada kekuatan padanya saat kita merasakan diri ini hampir tumbang.

Tetapi,
Sahabat itu tidak semestinya mereka yang seusia dengan kita. Tidak semestinya satu tempat kerja dengan kita. Tidak semestinya mereka yang tinggal dekat dengan rumah kita. Mereka yang satu sekolah dengan kita atau mereka yang selalu lepak bersama kita. Kerana sahabat itu adalah mereka yang rapat dan dekat dengan kita. Malah mereka yang sentiasa ada dalam doa. Mereka yang selalu menginggatkan kita disaat kita lupa.

'' Wahai insan yang bernama sahabat. Aku sangat mencintaimu , tidak aku cari kesempurnaan dalam dirimu. Cukuplah kita menjadi sahabat yang sentiasa saling menginggati antara satu sama lain. Aku sangat menyayangimu , tidak ku minta lebih dalam persahabatan cukuplah ketulusan dan keikhlasanmu dalam bersahabat dengan ku. Semoga kita bersama-sama melangkah menuju ke Redha Ilahi. Aku harap kau adalah orang pertama yang akan menarik kembali tanganku disaat aku mulai jauh. Aku harap kau adalah orang petama yang membantu aku untuk bangkit disaat aku hampir jatuh. Semoga persahabatan kita diredhai Allah dan kekal hingga ke syurga. In shaa Allah. ''

♥ Semoga Bermanfaat ♥

0 ulasan: