Andai aku adalah tulang rusukmu yang hilang,
Aku harap...
Jika nanti ALLAH mempertemukan kita,
Kau akan selalu membimbingku,
Membimbingku menuju ke jalan-Nya,
Agar aku menjadi wanita yang solehah,
Sekaligus menjadi isteri yang solehah buatmu,
Yang nantinya menjadi bidadarimu di syurga,
Kerana aku ingin kita disatukan di dunia dan juga akhirat,
Andai kau ditakdirkan menjadi ayah buat anak-anakku,
Jadilah ayah yang boleh mendidik anak kita,
Menjadi anak yang soleh,
Dan menjadi anak kebanggaan kita di dunia dan akhirat kelak,
Andai nanti kau ditakdirkan buatku,
Aku harap kau akan menjadi imam buatku dan anakku,
Dan menjadi pemimpin yang baik dalam rumah tangga kita,
Dan memenuhi kekuranganku dengan baik,
Andai aku tersilap,
Tegurlah aku dengan budi bicara dan kelembutan hatimu,
Dengan kata-kata bijaksana,
Andai aku terleka,
Ingatkanlah aku dengan kasih sayangmu,
Agar aku tersedar dari kelekaanku,
Andai aku lalai dalam menjalankan tugasku,
Sedarkanlah aku dengan nasihatmu yang berhikmah
Agar kau tetap menjadi tauladan buatku dan anakku,
Kerana aku ingin,
Seseorang yang dapat menjadi ketua dan pemimpin bagiku,
Dan bersama-sama dalam menuju Redha Ilahi....
'' Bukan tugasku untuk mencari yang SOLEH , tapi tugas utamaku adalah menSOLEHAH kan diri ini terlebih dahulu ''
P/s : Mohonlah kepada ALLAH.....semoga bermanfaat <3
0 ulasan:
Post a Comment