CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »
♥ ALLAH without me is stiil ALLAH but me without ALLAH is nothing ♥ Di saat bersendirian baru kita sedar yang kita hanya ada Tuhan ♥ Sesungguhnya, tudung labuh itu tidak pernah menjadikan dirimu insan yang paling solehah.Kerana kau tidak pernah tahu nilaian solehah di mata Tuhan ♥

Monday 27 May 2013

Ohh, Facebook !!


Ohh , Facebook !!
Engkau muncul ke hidup masyarakat dengan sambutan yang hangat,
Semua orang mengenalimu, tidak kira umur,
Yang tua,dewasa, inikan pula remaja dan kanak-kanak juga tidak terkecuali,
Malah kau dikenali keseluruh negara dan negeri,
Dirimu kini menjadi medium sosial terkini.

Ohh , Facebook !!
Bukan itu sahaja, 
Ramai yang telah membincangkan tentang baik dan buruknya,
Ibarat kaca yang tajam yang mampu melukakan manusia,
Bergantung kepada niat dan cara si pengguna,

Ohh , Facebook !!
Hampir setiap masa kau dibuka oleh manusia,
Ada yang berukhwah, ada yang merapu,
Ada yang berdakwah, ada yang bergaduh,
Dulu hanya didepan komputer manusia menggunakan mu,
Kini tidak kira dimana berada,
Melalui telefon bimbit manusia asyik denganmu,
Tab, IPAD dan berbagai lagi.

Ohh , Facebook !!
Banyak aib manusia telah didedahkan melalui mu,
Begitu juga aurat si gadis dan wanita yang  menjadi tontonan,
Masalah rumah tangga habis didedahkan secara umum,
Hilanglah malu, ke mana pergi maruah insan,

Ohh , Facebook !!
Banyak cerita dan rahsia manusia yang telah didedahkan,
'' Bosannyee aku hari nihh''
'' Rindu gilerr kat Mamat sorang nihh''
''Sedihnya , baru break up ''
'' Aku lapar ehhh''
Dan berbagai gelagat manusia yang dapat dilihat,
Ada yang betul caranya dan ada yang salah,

Ohh , Facebook !!
Tidak dinafikan engkau menjadi medium untuk berkongsi pelbagai perkara,
Tempat berkongsi nasihat dan juga tips,
Menginggatkan manusia yang selalu leka dan tidak ingat,
Menjadi asahan untuk memperbaiki diri,

Ohh , Facebook !!
Engkau membuat ramai manusia yang sibuk dengan Facebook,
Semua orang berbicara dan menyebut tentang dirimu,
Ketika masa rehat berkerja , manusia berFacebook,
Ketika hendak makan tengah hari di gerai , sempat lagi berFacebook,
Ketika sedang menyiapkan kerja sekolah, erk ! sempat lagi menaip di Facebook,
Alahaiii ! Sampai begitu sekali pengaruh Facebook.

Makan dengan Facebook,
Minum dengan Facebook,
Berjalan dengan Facebook,
Berbual dengan Facebook,
Facebook..........Facebook........Facebook !!

Ohh , Facebook !!
Engkau kini semakin berpengaruh,
Terpulang kepada pengguna untuk memanfaatkan atau memudaratkan,
Mudah-mudahan kau menjadi saksiku di akhirat kelak,
Bahawa aku menggunakanmu untuk menyebar kebaikan.

P/s : Masih mencari-cari keredhaan-Nya , tegurlah diri ini disaat ingin jatuh , tariklah tangan ini disaat ingin rebah....semoga kita bersama-sama melangkah menuju syurga-Nya..........Allahu !



♥ Semoga Bermanfaat ♥

0 ulasan: