CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »
♥ ALLAH without me is stiil ALLAH but me without ALLAH is nothing ♥ Di saat bersendirian baru kita sedar yang kita hanya ada Tuhan ♥ Sesungguhnya, tudung labuh itu tidak pernah menjadikan dirimu insan yang paling solehah.Kerana kau tidak pernah tahu nilaian solehah di mata Tuhan ♥

Wednesday 29 May 2013

KAYA FT MISKIN


Sudah menjadi lumrah hidup, yang kaya selalu diatas dan yang miskin selalu dibawah. Itulah yang menjadi ukuran. Yang menjadi perbandingan. Ukuran itulah yang sering menjadi perbualan dan perbincangan.Kebahagiaan dan ketenangan sering dikaitkan dengan kekayaan. Mereka berkata bahawa dengan memiliki wang dan harta yang banyak hidup akan bahagia. Tapi hakikatnya semua itu tidak menjamin kebahagiaan. Sedangkan bukan semua yang kaya hidup tenang, kerana apa?? kerana memikirkan tentang harta mereka. Siapa tahu mereka yang tinggal di pondok kecil bertilamkan tikar dan berbantalkan lengan itu lebih lena tidurnya dibandingkan mereka yang tinggal di rumah mewah yang besar, dan tidur di tilam yang empuk. Mungkin yang miskin lebih bahagia berbanding mereka yang kaya. Namun, setiap insan itu sama di hadapan ALLAH. Bukan kedudukan yang membezakan manusia, juga bukan pangkat yang disandang melainkan IMAN dan TAQWA yang dimiliki. Wallahu'alam.

♥ Semoga Bermanfaat ♥

0 ulasan: