CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »
♥ ALLAH without me is stiil ALLAH but me without ALLAH is nothing ♥ Di saat bersendirian baru kita sedar yang kita hanya ada Tuhan ♥ Sesungguhnya, tudung labuh itu tidak pernah menjadikan dirimu insan yang paling solehah.Kerana kau tidak pernah tahu nilaian solehah di mata Tuhan ♥

Sunday 5 May 2013

I'm sorry for my weakness


'' Jika kau inginkan seorang yang sempurna di dunia ini , nescaya tidak akan pernah kau jumpa. Tidak akan ! Kerana kelemahan dan kekurangan itu lah dia sempurna menjadi seorang MANUSIA ''
Begitulah kehidupan , tiada yang sempurna di dunia ini melainkan ALLAH SWT yang Maha Sempurna. Setiap insan pasti memiliki kelemahan dan kekurang masing-masing. Kelebihan masing-masing. Saya juga seperti itu. Begitu juga anda bukan??

'' ALLAHU ! begitu kerdilnya aku , begitu kecilnya aku dihadapan MU. ''

Lemahnya aku tanpa MU yang RABB ! Hanya dengan MU aku memperolehi kekuatan. Sering aku berbuat dosa , sering juga aku memohon ampun kepada MU. Tidak pernah Engkau jemu untuk menerima taubat dan memaafkan kesalahan hamba-hambaMU. Kerana keampunanMU mendahului kemurkaanMu. Maha Suci Engkau Ya ALLAH.......

'' Tidak ada insan suci yang tiada masa lampau , dan tidak ada insan yang berdosa tiada masa depan ''

Tiada insan yang tidak pernah lepas dari kesilapan , semua pernah melakukan kesalahan. Begitu juga dengan saya. Belajar dari kesilapan , jika itu yang dijadikan motivasi untuk diri nescaya seseorang itu akan lebih berhati-hati agar tidak melakukan kesalahan yang sama untuk kedua kali. 


♥ Semoga Bermanfaat ♥

0 ulasan: